''If the doors of perception were cleansed everything would appear to man as it is, infinite'' - William Blake

Thursday, April 14, 2005

Kisah Seorang Minah Call Centre

Apa khabar saudara-saudari sekalian? Saya berharap sekalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saya di sini, khabar baik. Walaupun kerja saya amat membosankan, sekurang-kurangnya, saya tidak lagi dikehendaki membuat lukisan bodoh untuk pihak PDRM, mahupun mendengar leteran Eksekutif-Eksekutif Akaun yang tiada pengetahuan pemasaran dan berotak kambing.

Kawan-kawan saya yang masih berada di industri pengiklanan menghantarkan emel kepada saya pagi tadi, mengisahkan kehidupan sengsara mereka sebagai kuli berpendapatan rendah. Sungguh kesian! Sudahlah terpaksa bertemu dengan klien kepala beruk, kena maki hamun pula oleh para majikan apabila kerja (yang telah diperburukkan oleh klien) tidak memuaskan. Ada pula yang mendapat Direktor Kreatif yang berkelakuan pondan serta boss yang suka membuat lawak jenis jenaka buku diskaun. Sesetengah pula merungut pasal klien yang suka menukar idea dan copy risalah mereka semacam pelacur Beach Club menukar kondom.

Maklumlah, inikan industri pengiklanan?


Melihatkan emel-emel mereka, tetiba pula saya berasa hidupku penuh dengan pelangi dan cahaya matahari yang terang-benderang! Terasa pula buntutku ingin mengentut kepulan rama-rama yang indah berwarna-warni. Sungguh bahagia hatiku.


*Senyum manis*

Tetapi, untuk meneruskan kisah saya...


Petang tadi semasa saya masuk kerja, boss saya telah memanggil saya untuk satu sesi temuduga di dalam pejabatnya. Ceritanya, saya telah diberi kontrak untuk berkerja dengan Maxis selama setahun sebagai seorang minah call centre. Tetapi, kali ini, saya akan ditempatkan di Menara Maxis KLCC. Pada pendapat saya, ini merupakan satu peluang yang baik untuk mendapat gaji bulanan sambil membuat kerja freelance. Justeru itu, saya telah membuat keputusan untuk menerima kontrak tersebut. Lagipun, ini bermaksud saya akan berkerja berdekatan Mel, Judee, serta saudari Minah Tetek Geram. Sebenarnya, saya tidak mengambil kisah tentang hal itu juga, yang pentingnya, alkohol jam suka-ria (happy hour booze) hanya beberapa minit dari Menara Maxis.

Baiklah, disebabkan Bahasa Melayu saya teramatlah palat, saya akan berhenti di sini supaya saudara-saudari sekalian bolehlah meneruskan kehidupan secara normal.

Sekian.


7 Comments:

Blogger lisha said...

sungguh tidak budak bulat sangka bahawasanya minah pusat panggilan yang berbadan kering kedengking seperti papan pemotong artwork yang berwarna hijau ini berupaya membuat ayat bermula dengan "jesteru itu..."
muahahha.
syabas minah call centre.
syabas!

3:39 pm, April 15, 2005

 
Blogger kong yoke said...

terima kasih, budak bulat. sanjungan budak bulat amat dihargai oleh minah call centre.

6:37 pm, April 15, 2005

 
Anonymous Anonymous said...

berotak kambing heuaheuaheuahuea you should continue writing in malay :)

3:13 am, April 16, 2005

 
Blogger kong yoke said...

terima kasih en. humperdink kerana sanggup melayari laman web minah call centre. insyah allah, minah call centre akan terus berusaha menulis blog dalam bahasa melayu

:-)

3:52 pm, April 18, 2005

 
Anonymous Anonymous said...

hoi minah call centre, bila kau masuk melayu? cakap insya allah pun tak betul.. muhahahah mmg palat pon bm kau, tapi ok wat.. very the muhibbah bila aku baca blog kau...(actually ur bm's even better than mine lah, malu aku jadi melayumyanmar ;-p)
~Farrah, ur office slut

11:03 am, April 19, 2005

 
Blogger kong yoke said...

eh pantat...at least i "try" to write in bm ok?

4:05 pm, April 19, 2005

 
Anonymous Anonymous said...

Oh dear you've got me in stitches. Keep it up!

- Some anonymous dude who thinks that you bitch a little too much, but entertaining. Don't get me wrong, bitching is fine, that's what blogs are made for.

12:20 pm, April 23, 2005

 

Post a Comment

<< Home